Saturday 25 October 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi dari bumi sarawak nan indah ni.. mihmihhh

alhamdulilahh.. aku kini dah tahun 2 uolss!! fefeeling hakak2 sangatt uolass.. pejam celik pejam celik jee seriuss tak rasa pon.  Syukur pada allah. Dan sekarang aku dah sangat boleh menyesuaikan diri disini. alhamdulilah kat sini orangnya semua baik2..

Semester ini rasa lebih tercabar. Assigment jangan cakapla kak oii. bertingkek tingek. tapi kalini assigment aku shooting dan shooting. Budak lain sibuk mentelaah buku sampai lewat malam, i hanya shooting saja. kan seronok.!! he lagipon aku dah mula fall in love with this course! so im happy sangat buat kerja luar ni tanpa merungut. even adela penat sikit tapi seriously seronokk :D Lantakla berjemur kat tengah panas selalu smpai hitam legam ponnn aku tak kisah pon. ala dah nama pon student kann kalo dah doplohpat jamm asyik tepek bedakla, tkot sunburn la apela sampai bila kau nak feel benda2 ni semua? takot boipren larii? hahha ni semua kolott! lantak p la boipren kau tu kalau tak suka kau hitam, kat situ kau dh nmpak tak boipren kau tu ikhlas tak ke tak dengan kau ataupun ade muslihat lain.. haaa. nanti bila kau dah grad, benda ni la yang kau akan rindu,, nanti dah kerja pergila spa ke ape ke kan. masetu kau dah berduit! haaaa... aku pon skrg ni malas nak pikir hape, aku harap nak capai DEANLIST semester ini. Nak taknak aku kena bkerja keras tanpa memperdulikan ape orang nak kata.. kankannnn. mihmihhh

demi segulung ijazah aku sanggup buat apa saja. memang la ramai orang kata ade ijazah tak semestinya kau dapat kerja best. ya betol! tapi ini semua kerja tuhan. tuhan yang menentukan rezeki masing-masing. lagipon, mencari ilmu kan amalan mulia disisi allah?  yang penting usaha, kalau kerja pon malas ingat rezeki datang bergolek ke?


haih penat membebel nii ... hhahaha k la sampai disini saja. aku memang suka menulis apa yang aku rasa... :)

Monday 9 June 2014

Selamat tinggal sem 2! :D

memandangkan baru ni je aku sempat nak menaip. semester 2 sudah ku lalui dengan jayanya! yahooo serius sem ni serius paling mencabar mental tenaga fizikal. peh belum lagi sem sterusnya. k tu je nak bgitahu. hihihihi, Sekarang ni tengah mood final exam! wuhuu sempat lagi gua mnaip pdahal yang lain sibuk study. mihmih. ekceli nak cerita kat sni pengalaman i mengharungi semester 2 ni, ade yg best, ade yang panas hati, ade yg rasa nak baling orang kat tasik unimas tu. and last but not least, gua rindu smua tu. hahhaa da abis baru nak rindu, sbelum tu asyik sumpah seranah bagai kluar, haha. ok malas nak taip bnyak, biarla gambar berbicara! '' 360camera not allowed here'' harap maklum kbaii * flip hairr *




8/4/2014 - 12/4/2014 : Kota kinabalu, SABAH :D

ni time cuti midsem haritu, ad sorang kawan ni cakap ' jom kite buat trip! kite pegi sabah! ' kami pon memula fikir juga kos ke ape semua, tapi bila fikir balik, pengalaman tak dapat diganti dan masa ni la kita keluar dari kepompong dan tengok dunia luar! dan tiket msetu murah la jgak ahahhaa yeyhh im very happy girl time ni! hihikkss. serious nk pergi lagiiii T.T







muka busuk kami! hahaa . muka bapak jakun naik menatang ni.. hahaha







iklan gigi. huahua mase ni hari ke dua kat pulau mamutik, serius cantikkkk gila laut dia :O




ni la rumah yg kami duduk mase kat pulau tuu. hewheww 








dengan bebudak senget. ni petang terakhir kami kat sini. so kteorg petang tu tengok matahari terbenam :O



auu cak! hahahaha otw pegi pulau. nasib tak mabuk! huh


ni time ni gila eksited ko smpai2 je pastu lari2 pastu bergambor. tak mnyempat nak letak beg ke hape haha





time ni get ready nak bersnokling!!! pehhhh siyez cntik khidupan bawah laut tauuu. this is my firstimesnorkling and im so jakunnnnn! hahaa





ni abg pulau bawak diorang jalan2 pusing-pusing pulau...  hohoho




lepas snorkling, tengok memasing dah terbakar. muahahha




malam terakhir di pulau mamutik! we create our memory together! pasang unggun api dan ber bbq di tepi pantai. how sweet dat moment :')






time ni nak balik dah. nak gerak ke kota kinabalu!.. huhuuuhuhuhuhuhu



sampai kk kteorg pe lagi,, pergi pasar filipina,, boronggggg sopingg hhahahaha.. siyez aku ckp,, kat sini seafood die mantop2 uolasss.. :D  aku asyik makan je! huh



and lastly, dalam kapal nak balik kuching dahhhh wuwuwuw. 




pengalaman manis yg xdpt dlupakan lelagi masa kteorg dijatuhkan ke tengah laut mase naik banana boat. engko tak thu aku da imagine memcam dah mase tu. hahahaa. tak thu nak ckp mcmna. next time kiteorg buat trip tmpat lain plak! yeayyyy :D  nak tengok gambar lagi just klik ni :









emm lagi yg aku nak share ape lagi ekkk hmmmmmmm ohh ha tengok ni!









group assigment hubungan etnik! :D





bergambar lepas dengar ceramah editing, hohohoh ni classmate and yg dpan skali tuu yg pkai jaket tuuu lecturer paling hensem! hahaah




Mini film festival! :D





kenangan semester dua! emmm sbnarnye banyak lagi yg ingin dkongsi,, tapi mcm tak larat plak nak mnaip ahhahahaa. nak study esok ade paper uolsss... mihmih k bye, next entry i will update . XOXO :D!




Saturday 8 March 2014

Hari ini :)

Di petang yang indah didepan tasik menyaksikan keindahan alam diwaktu senja, ditambah lagi dengan sahabat-sahabatku yang asyik makan oreo kat sebelah ni,, sbnyak sedikit dapat mengubati perasaan huru hara la jugak dalam hati ini... aku semakin tenang bila dikelilingi kawan-kawan dan mendekatkan diri kepada allah. Ya itu yang aku rasakan!!  Dan aku rasa aku lebih bersemangat untuk belajar tanpa gangguan pon... aku semakin happy disini.. aku tak bohong..

tipulah kan aku tak rasa rindu... rasa sedih.. tapi aku melawan perasaan tu.. aku sibukkan diri dengan kerja... nasib baik sem2 ni aku bnyak benda nak dibuat... em ntahla.. aku tak peduli semua tu.. past is past! yang penting sekarang ni masa depan aku..

Then  bila da masuk sem 2 ni.. macam2 dah kenangan tercipta wlaupon baru skejap je kan.. haha.. serius khidupan di universiti ni sangat indah sebenarnya, even  kekadang stress la jgak kan dengan esaimen semua,, tapi dari sudut positif, kita dapat merasa khidupan stress kita sebagai pelajar sbenarnya,,, xla hanya menetap kat satu tmpat je seperti katak dibawah tempurung.. kadang2 kita kena berani mlangkah ke depan untuk mnjadikan perjalanan hidup kita lebih menarik.

serius aku belajar banyak di sini! banyaakkkk sangat!!! :)

Friday 27 December 2013

hari ni :)

Menaip di tepi jendela menyaksikan pokok-pokok dan blok dpan aku nii.. Baru terase nak menaip padahal dah bpe lame aku biarkn bersawang,.. Memang blog ni aku menaip time hati ni rase sedih...sunyi.. dan tiada sape aku nak luahkan.. Sekarang ni mood final exam..  Sepanjang aku kat sini selama 1 sem,, bnyak suka duka, belajar benda baru yang paling latest aku jumpe benda pelik kat sini ialah TOMYAM kaler putih susu,, hahah mgkin biase pd orang lain tapi bg aku ianya unik.. haha.. kat sini aku belajar macam2 perkara.. budaya baru..kawan kawan baru berlainan bangsa...makanan baru..kehidupan baru yang aku rase memang berubah 360 darjah..hahaa..

Dan kini aku berhadapan dengan nota-nota,,dan konflik perasaan.. ya allah aku benci perasaan ni..ntahla..aku rase mcam da give up..kalaulah korang tau apa yang aku rasa..banyak masalah terbeban dlm otak fikiran ni... tapi aku saje buat take easy,, enjoy with my life,,dengan kekawan kat sini,,bergelak ketawa.. tapi dalam hati tercipta satu goresan hati yang amat pedih dan dalam.. takpayah la tau..

Actually kat sarawak taklah seteruk disangka.. aku memula datang sini memang gila teruja..ialah kat sini kaya dengan budi bahasa dan adat resam yang tinggi.. Ala yang cakap-cakap sarawak ni tak best,, korang penah ke jejak sini?tapayah nak wat andaian sendiri kalau tak pernah jejak sini... Biase yg cakap2 tuu dorang jeles laa sbb tak pernah sampai sini.. Dah kat sini,, kena pandaila teroka negeri sarawak kat sini.. memang best.. tapii hujan emas di negeri orang.. aku tetap nak balik batu pahatt!! hoohoho...

ok dah terbau - bau masakan housemate...membuatkan perut lapaa plak.. hhaaha k byeee

Thursday 11 July 2013

Mimpi menjadi kenyataan :) UNIMAS IM COMING :')

assalamualaikum u olls dan selamat berpuasa untuk saudara islamku..:) Haaaa sempena hari jumaat yang mulia ini ditambah lagi dengan cuace sejukk yg bisa mmbuatkan gua tido satu hari nii haa , tetibe rase nak meng update blog gua yg bersawang nii. kihkih.






seee ! finally i got it! hahahah memang tak ku sangka mimpi dan angan2 ku menjadi knyataan! gua brsyukur gila skrang ni dan eishhh tak tau la kan nak gambarkan perasaan betapa gembiranyaa hati ini. paling best bila mak dan ayah trsenyum bangga dan yg paling best ayah nak belanja makan! hahaha akhirnyaa tercpai jgak nak beli beg kaler pinkk yg besar tuu, *selalu usha kengkonon nak buat masuk U* haha :D 
tak sia -sia usahaku selama nii, ya allahhh aku bsyukur sangatt :') aku gmbiraa lelagi aku dpat kos yg selama ini aku inginkan! first choice dat i have. syukurrr.. :) Insyallah aku takkan mnsia siakan peluang yg diberi ini.. terima kasih mak ayah yg selama ini mnjadi tulang blakang ,, tak lupa jgak cikgu2 aku yg slame ini sbar mndidik dan mberi sokongan padu pd diriku,, HAA tak lupe jgak kpd orang yg slame ni yg mnyakitkan hati aku, haa its oke! aku da maafkann, lallaalala tu urusan kau! janji aku da bhagia skg ni! yeey :D 

tarikh daftar masuk 1.9.2013. wuwuwuwuw :S  UNIMAS waitingg for mee yaww :D

*mintak mak ayah nak bebarang nanti sume nak kaler PINK . kihkihkih :P *



Monday 6 May 2013

terjumpa someting! :O




 Assalamualaikum :) dalame juge kan aku dah membiarkan blog aku ni bersawang wuwuwu bukan ape just tak cukup mase je. coiii. act bz la dengan keje then balik sampai lewat malam kalau on lelaman sosial pon just online guna fon jee malas nak gune laptop.
Then sesejak da benti keje ni *menjadi suri rumah* ya allah aq tak tahula, mybe dalam mase sebulan aq bole jadi mcm encik patrick. ohh noooooo EMPAT bulan kott aq duk umah nii. bukan malas nak keje cume saje nak habiskan masa dengan my MOM before nak continue study kann nati rinduu, wuuuwu. then my mom sibuk halau aku suh cari kerja whoaaa tanak tanak! * hentak kaki. K gedik.





kk tengok ni. ni adalah video yang dihasilkan oleh my bff, CYMA. aq act rindu sgat kat dorang ni. tetibe    tgok yuutube then ternampak video ni. terharu k terharu :)






Monday 17 December 2012

Cabaran hidup kini

NP : babak cinta ---> hello peeps! ha dalame seh tak mengupdate. maklomla YB cam aku ni sentiase ade job smpai tak menang tangan *K SILE MUNTAH K*

wah, smenjak da abes exam ni keje aku asyik mrayap mane2 je, tak kire la kesitu ke sini mcam orang yg takde kaki baru dapat kaki! haha. sampai mak aku mmbebel aku asyik tak lekat kat rumah. Well mak, u know kan anak mak sorang ni pantang ade job nak bjalan mesti pergi punye! haha LOL

haa citer semalam! cari kerja la kan dari pukul 9 sampai pukul 5. gile memang keje gile cari punye dgan panas terik hujan. fuhh dala masetu naik motor je sbb naik kreta LAMBAT! dipendekkan citer, aku memg da give up giler bila asal aku isi resume je mesti tunggu col. *kalau tgu col alamatnye nk dpat 50-50 la kan. akhirnye dgan perasaan malas n penat aku menapak la ke satu mall nie. tengah jalan2 smbil mnikmati coolblog tetibe * JAWATAN KOSONG CASHIER DIPERLUKAN SEGERA* maigod maigod ape lagi lari tak cukup tanah la nak mncari office die takot dikebas orang. haha. finally, akhirnya aku dpat jugak job ni.alhamdulilah .. Susah nak cri keje skrg ni lebih2 lagi kalau takde kelulusan. alangkah nak jadi CASHIER kat pasaraya pon mintak sijil tertinggi . sijil SPM langsung dia tak pandang. aku mintak keje ni pon gune TRIAL STPM tau. kat sini aku baru sedar PELAJARAN tu sangat penting untuk menghadapi cabaran hidup masa akan datang. *renung-renungkanla :)